Monday, January 24, 2011

Kawan atau Musuh..

Di tAip noor at Monday, January 24, 2011 0 comments
Berpada-pada dengan kawan,




Berjaga-jaga dengan musuh........


Ok ini saja entry hari ni...

Sunday, January 23, 2011

Along Kolong (Amat)

Di tAip noor at Sunday, January 23, 2011 0 comments
Petang tadi masa aku buat teh untuk minum petang budak Amat ni datang menyibuk kt dapur.

Amat : Cik Nor buat roti bakar eh maggie coklat.


Aku: Nak maggie ke (lg mau tanye)


Amat : Nak maggie coklat la ( Ni Indomie perisa original. Bungkusan warna coklat so die pggl maggie coklat)


Aku : ok

So aku pun jerang air dan suh die bukak maggie tu. Pastu die blah pergi depan pastu datang balik kat dapur. Tiba2 die cakap.....



Amat : Cik Nor kan pembantu Amat.


Aku : Ha? eh apsal plak. (tibe2 je kan...)
          Along la pembantu cik Nor 
          (pasal budak ni mmg suke menyibuk kt dapur masa masak. Nak tolong katenye..)


Amat : Ye la Amat mintak roti bakar Cik Nor buat. Amat mintak meaggie goreng cik Nor buat.


Aku : Bwahahahaha

Hanya mampu ketawa saje. Bertuah punye anak buah. Aku tak mau dah buat maggie goreng kau.....

Saturday, January 15, 2011

Otak Kau???

Di tAip noor at Saturday, January 15, 2011 0 comments
Entri kali ni bukan la pasal sumpah menyumpah..tapi pasal HOTAK OTAK.

Mari kita tengok anda kategori mana. Right brain user or left brain user.

1) Klik link di bawah ini dan jawab soalan-soalan tersebut

atau


so which one are you?


Untuk 1st link aku dapat ialah right brain. Untuk 2nd link aku dapat ialah left brain.

Tapi aku rase aku mmg lebih guna otak kiri dari otak kanan.


Kalau gambar ni tak bergerak sila klik pada gambar ye. 
 Adakah anda melihat penari ini menari mengikut arah jam atau lawan jam? Jika anda lihat mengikut arah jam, anda menggunakan otak kanan lebih dari otak kiri.
 
Aku leh cam dua2 arah.
Fungsi otak kanan
- Imaginasi - sangat berimiginasi tapi tak berapa kreatif hihi
- Berfikir secara kreatif - memang x berapa nak kreatif
- Irama - memang cannot go
- khayalan - well.......
- Emosi - ye aku sangat beremosi
- Ilham - ilham x datang2
- Intuisi (gerak hati) - yup kadang mmg perlu ikut gerak hati
- Warna - memang x dapat nak kenalpasti dengan cepat kalau terdapat byk warna pada sesuatu masa.
- Muzik - cannot go
- Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif - failed
 
Fungsi otak kiri 
- Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat - ceh yang ni pun x berapa nak mahir.
- Menyimpan data dan fakta - err apa maksud ayat ni ek. sape2 leh tolong aku
- Menganalisis - kadang2
- Memahami logik, bahasa dan matematik - logik dan math ok. bahasa? agak failed.


Kalau anda dapat otak kiri ini tidak bermakna anda langsung tidak menggunakan otak kanan langsung. Cume penggunaan otak kiri lebih dari otak kanan. Jangan risau otak anda masih berfungsi dengan baik samada kiri atau kanan.

Jika anda seorang pelajar boleh la kenalpasti anda di kategori mana untuk memudahkan proses pembelajaran anda.
Macam aku ni, tak guna gak buat nota guna pen kaler2 ni. Kaler merah la hijau la. Walaupun rase cam menarik je nota tapi aku memang x boleh nak ingat. 

So selalunya nota aku memang guna pensel je. oohhh aku memang old fashion. 



 

















Study..

Di tAip noor at Saturday, January 15, 2011 0 comments
Malam ni plan nk study la sket..tak banyak sket je.. 

Tapi sebelum nak study kena persediaan..

Air panas untuk membuat mata segar bugar terbuntang bagai. Ini ialah Kopiko keluaran baru. Sedap ok. Sila pastikan air tersebut tidak membuatkan anda mengantuk selepas meminumnya seperti susu ibu atau susu lembu. Tapi kalau aku kopi ke nescafe ke memang takde kesan. Mesti ngantuk gak..ceh



 Nota dan buku untuk conteng2.


BUKAN novel seperti dibawah ini atau PSP atau DVD korea




Pensel yang tajam. Gunakan penggorek ke pengorek ek..sharpener la senang untuk tajamkan pensel. Tapi aku guna pisau untuk dapatkan ketepatan sudut ketajaman mata pensel tersebut. Sila muntah.
Jika perlukan highlighter pastikan ada dakwat. Jika tidak nanti sumpah seranah pastu hilang markah mood.


See..see..tak banyak pun. Kalau nak lagi segar study tu sambil dengan lagu MUSE atau pun KORN. Bukan lagu Wali atau Ungu nanti lagi ngantuk ok.


Perkara yang DILARANG semasa study.





 Memandangkan kelengkapan untuk study dah ada. Boleh la study dengan tenang.

TAPI aku ni bukan lah jenis study tengah malam buta ni nak bersengkang mata bagai. Jam sudah menunjukkan pukul 11.30pm. Buat persediaan nak study je dah ambik masa yang lama. Abeh bila nak studynye..tsk tsk

So time ni memang masa yang sesuai untuk tidur. Sebab tu aku kate kopi tak berkesan untuk aku. Main The Sims mungkin boleh membuatkan mata aku segar bugar walaupun dah pukul 2 pagi. Tapi ape kejadahnye nak study sambil main game ni.

Sekian terima kasih.


Note : buku conteng2 tu mungkin masih suci untuk beberapa hari kemudiannya.








Thursday, January 6, 2011

2nd over 1st??? Boleh ke CAmtu..

Di tAip noor at Thursday, January 06, 2011 0 comments
Antara Harry Potter dan Ron Weasly, siapa yang anda pilih?



Harry Potter? Comel sungguh budak ni. Rase nak cubit2 je. Mase kecik2 gini la.


 ROn Weasly..Ish geram sungguh aku tengok muka budak ni. Rase cam nak lempang je. Muka die ni memang jenis mintak pelempang. 


So Harry Potter atau Ron Weasly?


"Eh sape..sape..nak tau jugak"






Aku pilih Ron Weasly. Hahahha sebab ekspresi muka die memang mantop. Geram je aku tengok.
Eh aku tanya aku jawab sendiri. Caiitt...


Ce tengok muka die ni. Haish..



Tengok lagi..

Lagi...


 "Apa kau tengok? Aku tau la aku comel."


K dah abeh tengok Harry Potter and the Philosopher's Stone. Nak donlod Harry Potter and the Chamber of Secrets lak.

Tuesday, January 4, 2011

Apa MacaM

Di tAip noor at Tuesday, January 04, 2011 0 comments
Kisahnye begini....

Tempat kejadian : Setor Gas

Penjaga gas: AKu ler

Orang yang ambil Gas : 2 Orang ( sorang jejant sorang gegerl )

Masa kejadian : 2.30pm

Kisahnye budak dua orang ni nak ambil gas Purified CO2 30kg tu. Ni bukan silinder LPG gas masak tu ek. Yang tu ko golek-golek je pun boleh. Eh tapi yang ni golek-golek pun boleh gak tapi kalo meletup tu ko punye pasal.

Gas ni yang same tinggi ngan aku. Silinder kosong pun berat.

Dah panjang lak intronye.

Yang jejant ni dah la kecik je. Yang gegerl la plak..tsk well tak kan nak suh gegerl lak pegi heret gas tu kan.

Sungguh tak sampai hati aku tengok budak tu nak mengheret troli tu. Berat gas tu. Aku nak alih pun terkial2. Bile nk alih kan tempat tu ko gerak2 kan sket dah la kan. Bukan pikul ye. Tolong jangan bayangkan.

Masa nk tarik troli tu pun dah kejap ke kiri kejap ke kanan. Akak pun tak mampu nak tolong ko dek. Tolong tengok je la. 

Yang gegerl pun dengan bersungguh2 menolong pegang kepala gas. Abeh nk buat camne lagi kan. jadi aku berdoa moga budak berdua tu sampai ke lab diorang dengan selamat.

Staf lelaki dah la tak ramai. Eh tapi kalo dah dapat staf lelaki pun camni gaya kecik halus mulus je camne tu. Ade plak kang aku pergi tolak sendiri troli tu. Kesian sangat kt ko bang kecik sangat. Ceh budget aku besar sangat.

Ni adalah jenis troli yang digunakan. Bile letak gas dan tak bergerak. Diulangi TAK BERGERAK. Rase cam alah sonang jo ha. Tapi bila nak heret atau tolak troli ni akan di condongkan sebanyak 50darjah. Ni kiraan aku la kan. Hahahah..Jadi beban gas tu akan ditampung oleh pembawa.  Yang jadi penahan dari jatuh gas ni adalah orang yang bawa tu la. Kalo kudrat ko kuat tak ada la jatuh kan. Kalo tak kuat..ish3


Aku dah terbayang kalo si Aidil tu bawak gas. Aidil ni budak yang keje ngan company gas. Memang die je anto gas kat aku. Relax je 2 silinder sekali bawak. Tapi ade teknik la. Err..dan kudrat gak. Sebab die memang besar. Tangan die je aku rase penuh muka aku kot. Kalo die tampar aku kompom pekak terus. 

Google punye Google terjumpe gambar troli gas macam ni.


Best kan camni. Tak ade lah sampai nk tercabut pinggang kan. Sebab dah ade penahan lagi kt belakang tu. Aku nk pg order lah. Kot dapat la kan.



Ni siap ade gambar teknik menggunakan troli dengan betul. Boleh dikira sebagai SOP (Standard Operation Procedure)  dah gambar ni. Boleh digunapakai.

Dah dah aku nak print gambar troli ni nk mintak kt bos suh beli. 








 

Apa-apa Pun OK Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei