Saturday, January 15, 2011

Study..

Di tAip noor at Saturday, January 15, 2011
Malam ni plan nk study la sket..tak banyak sket je.. 

Tapi sebelum nak study kena persediaan..

Air panas untuk membuat mata segar bugar terbuntang bagai. Ini ialah Kopiko keluaran baru. Sedap ok. Sila pastikan air tersebut tidak membuatkan anda mengantuk selepas meminumnya seperti susu ibu atau susu lembu. Tapi kalau aku kopi ke nescafe ke memang takde kesan. Mesti ngantuk gak..ceh



 Nota dan buku untuk conteng2.


BUKAN novel seperti dibawah ini atau PSP atau DVD korea




Pensel yang tajam. Gunakan penggorek ke pengorek ek..sharpener la senang untuk tajamkan pensel. Tapi aku guna pisau untuk dapatkan ketepatan sudut ketajaman mata pensel tersebut. Sila muntah.
Jika perlukan highlighter pastikan ada dakwat. Jika tidak nanti sumpah seranah pastu hilang markah mood.


See..see..tak banyak pun. Kalau nak lagi segar study tu sambil dengan lagu MUSE atau pun KORN. Bukan lagu Wali atau Ungu nanti lagi ngantuk ok.


Perkara yang DILARANG semasa study.





 Memandangkan kelengkapan untuk study dah ada. Boleh la study dengan tenang.

TAPI aku ni bukan lah jenis study tengah malam buta ni nak bersengkang mata bagai. Jam sudah menunjukkan pukul 11.30pm. Buat persediaan nak study je dah ambik masa yang lama. Abeh bila nak studynye..tsk tsk

So time ni memang masa yang sesuai untuk tidur. Sebab tu aku kate kopi tak berkesan untuk aku. Main The Sims mungkin boleh membuatkan mata aku segar bugar walaupun dah pukul 2 pagi. Tapi ape kejadahnye nak study sambil main game ni.

Sekian terima kasih.


Note : buku conteng2 tu mungkin masih suci untuk beberapa hari kemudiannya.








0 comments:

Post a Comment

 

Apa-apa Pun OK Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei